Kapasiti Bateri Dan Kelajuan Pengecasan Pantas realme X3 SuperZoom Tertiris Comments Off on Kapasiti Bateri Dan Kelajuan Pengecasan Pantas realme X3 SuperZoom Tertiris

realme yang boleh dikatakan antara jenama yang sangat aktif dalam menghasilkan pelbagai model telefon pintar keluarannya, kini telahpun dilaporkan akan hadir dengan satu lagi peranti yang akan tampil dengan nama realme X3 SuperZoom.

Menariknya peniris popular @Sudanshu1414 baru-baru ini telah mula mendedahkan bahawa realme X3 SuperZoom akan menyokong bateri berkapasiti 4200mAh. Malah kecepatan pengecasan peranti ini telah dikuasakan dengan teknologi pengecasan pantas 30W.

Walaupun tidak banyak maklumat tentang realme X3 SuperZoom berjaya didedahkan, khabar angin sebelum ini ada mengatakan ia akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855+, hadir dengan Bluetooth 5.1 dan juga RAM sebesar 12GB.

Kami akan terus berkongsi maklumat terbaharu tentang realme X3 SuperZoom ini dari masa ke semasa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend