Kandungan ‘Teori Konspirasi’ Pada YouTube Kids Mungkin Boleh Meracuni Pemikiran Anak Anda Comments Off on Kandungan ‘Teori Konspirasi’ Pada YouTube Kids Mungkin Boleh Meracuni Pemikiran Anak Anda

Pada awal kemunculannya, YouTube Kids disasarkan untuk golongan kanak-kanak kerana penyediaan kandungan video yang sesuai untuk ditonton oleh mereka. Sungguhpun begitu, ada sahaja masalah yang dilihat dihadapi oleh servis yang disediakan oleh YouTube itu.

Tahun lepas, ramai yang menyuarakan isu berkaitan paparan pelbagai jenis iklan pada YouTube Kids sehingga menggangu keseronokan anak-anak kecil ini untuk menonton video kegemaran mereka. Malah pihak YouTube juga dilihat terpaksa mengubah polisi mereka dengan tidak membenarkan kandungan yang mencampurkan antara karakter kanak-kanak dengan unsur keganasan ataupun seksual daripada dikongsikan aplikasi YouTube Kids.

Ibu bapa masih perlu memantau aktiviti anak-anak mereka apabila menggunakan aplikasi YouTube Kids.

Baru-baru ini timbul pula satu lagi isu terbaru yang mana carian kandungan video menggunakan kata kunci telah menyebabkan hasil carian turut memaparkan video yang dihoskan oleh teori konspirasi David Icke. Antara hasil carian yang dicadangkan termasuklah topik berkaitan pembinaan piramid oleh makhluk asing, galakan pengorbanan manusia oleh Freemason, pembunuhan Presiden Kennedy oleh kerajaan Amerika Syarikat, dan banyak lagi.

David Icke sememangnya seorang yang sangat kontroversi kerana teori konspirasi yang sering dikongsikannya.

Apa yang diharapkan disini adalah tindakan awal dan pantas yang akan diambil oleh YouTube dalam menangani isu seperti ini bagi mengelakkan minda anak-anak kecil tidak akan tercemar dengan fakta dan juga teori yang tidak benar.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend