Kamera Sidang Video Jabra PanaCast Berkeupayaan AI Pertama Di Dunia Kini Dijual Pada Harga Bermula RM4,599 Comments Off on Kamera Sidang Video Jabra PanaCast Berkeupayaan AI Pertama Di Dunia Kini Dijual Pada Harga Bermula RM4,599

Selaku peneraju peranti audio berinovatif terkemuka di dunia, Jabra hari ini telah melancarkan kamera sidang video pertama di dunia yang hadir dengan sokongan AI berkonsepkan ‘pasang dan main’ iaitu Jabra PanaCast untuk pasaran tempatan.

Dengan sokongan paparan panorama 4K, Jabra PanaCast telah direka khusus untuk mengatasi isu keluasan paparan yang agak terhad apabila sidang video dijalankan menggunakan kamera sidang video tradisional. Melalui sokongan Jabra PanaCast, ia mampu memaparkan sehingga 180 darjah menerusi sistem penglihatan pintar yang berupaya memastikan setiap peserta di dalam bilik itu kelihatan lebih jelas.

Jabra PanaCast dengan sokongan fon speaker yang dikenali sebagai ‘Speak’ mampu menjanjikan liputan suara meluas sehingga 360 darjah.

Jabra PanaCast yang dilengkapi kamera beresolusi 13MP, ia telah dikuasakan lagi dengan kombinasi teknologi bersepadu Vision Processor dan juga perisian Intelligent Vision. Ini secara tidak langsung membolehkannya untuk mengatasi gangguan skalar pada kamera sidang video tradisional yang akan mengecilkan saiz subjek yang berada jauh daripada kamera.

Jabra PanaCast janji paparan yang jauh lebih luas berbanding kamera sidang video tradisional.

Akan mula dijual bermula September 2019, Jabra PanaCast akan dijual pada harga seperti berikut:

Ciri-ciri dan spesifikasi utama Jabra PanaCast:

  • Mudah dipasang dan dimainkan dengan hanya satu sambungan kabel USB. Tiada perisian diperlukan.
  • Paparan video dengan medan pandangan seluas 180 darjah dapat disepadukan secara lancar menerusi tiga kamera Vision Processor Jabra PanaCast yang dilengkapi teknologi cantuman terbaik masa nyata.
  • Memastikan paparan semua ahli mesyuarat adalah sama rata, jelas dan menyeluruh dalam sidang video.
  • Rangkaian Jabra Speak menawarkan kualiti audio terbaik dan menyelitkan semua suara yang dikesan di dalam bilik mesyuarat.
  • Aturan pelbagai kamera pertama dalam industri memastikan tiada pembaziran ruang.
Jabra PanaCast hadir dengan rekaan ‘pasang dan main’ yang sangat mudah untuk digunakan.
  • Produk Intelligent Vision (AI) ini berupaya mengesan, mempercepat dan membuat penyelarasan secara automatik bagi membolehkan pengguna memfokus kepada mesyuarat dan perbincangan yang berlangsung.
  • Intelligent Zoom pertama dalam industri ini berupaya berfungsi secara bersendirian dan mengoptimumkan liputan medan pandangan bagi memastikan semua ahli mesyuarat dipaparkan ketika sidang video berlangsung.
  • Jabra PanaCast Vivid 2.0 membuat penyelarasan fungsi video secara automatik bagi melancarkan sidang video dalam apa jua pencahayaan.
Jabra PanaCast dilengkapi dengan tiga kamera berasingan dan setiap imej daripada ketiga-tiga kamera itu akan disambungkan bagi memastikan paparan lebih asli.
  • Fungsi Jabra PanaCast API yang bersifat terbuka dan berasaskan piawaian bakal membantu syarikat dan rakan niaganya menikmati perkhidmatan lebih baik menerusi perolehan data yang mampu melancarkan aliran kerja, menguruskan jadual kerja/bilik secara automatik serta dilengkapi ciri-ciri bangunan pintar seperti menjimatkan tenaga dan menutup peralatan yang tidak digunakan secara automatik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.jabra.com/panacast

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend