Kad SIM Dan Kad MicroSD Boleh Digunakan Serentak Dengan Pengenalan Kad Hibrid FuZion Comments Off on Kad SIM Dan Kad MicroSD Boleh Digunakan Serentak Dengan Pengenalan Kad Hibrid FuZion

Boleh dikatakan kebanyakan pengeluar peranti pada hari ini telah memperkenalkan sokongan slot kad hibrid pada telefon pintar keluaran mereka. Perkara ini sebenarnya agak menjengkelkan kerana pengguna terpaksa membuat pilihan untuk menggunakan kad SIM ataupun kad microSD pada slot kad kedua.

Menariknya, IDEMIA telah tampil dengan penyelesaian terbaik apabila memperkenalkan kad FuZion yang merupakan sebuah kad hibrid yang menggabungkan antara kad microSD dan juga kad SIM. Kad FuZion ini memiliki rekaan kad mirip seperti kad microSD biasa, tetapi pada bahagian bawah kad ini turut tersedia dengan cip kad SIM.

Ini bermakna anda boleh menggunakan kedua-dua kad secara serentak apabila kad FuZion dimasukkan ke slot kad hibrid pada peranti yang menyokongnya. Namun begitu, idea ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ia pernah diumumkan pada Oktober 2017 yang lalu, cuma baru-baru ini sahaja ia diperkenalkan secara rasmi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend