Kaca Mata Huawei Dengan Kerjasama Gentle Monster Bakal Hadir Ke Pasaran Julai Nanti Comments Off on Kaca Mata Huawei Dengan Kerjasama Gentle Monster Bakal Hadir Ke Pasaran Julai Nanti

Dalam pelancaran siri Huawei P30 semalam, Huawei turut berkesempatan memperkenalkan kaca mata mereka hasil kerjasama dengan pengeluar kaca mata mewah dari Korea Selatan – Gentle Monster.

Reka bentuk kaca mata ini tidak keterlaluan kerana ia masih lagi kelihatan seperti kaca mata biasa yang ada di pasaran. Bagaimanapun apa yang membuatkan ia berbeza dengan yang lain adalah ia dilengkapi beberapa komponen seperti bateri, antena, cipset, pembesar suara, dan mikrofon yang kesemuanya telah ditanam di dalam tangkai kaca mata.


Tangkai ini juga memiliki port untuk mengecas malah ia turut didatangkan dengan bekas khas yang boleh mengecas kaca mata apabila tidak digunakan. Huawei mengatakan kaca mata ini adalah pilihan alternatif kepada fon telinga. Ia boleh digunakan untuk mendengar muzik dan menjawab panggilan melalui sentuhan jari pada hujung tangkai.

Kaca mata ini akan dilancarkan pada bulan Julai kelak dan buat masa ini Huawei tidak menyatakan harga dan ketersediaannya.

Baca juga:

Barisan Huawei Watch GT Kini Menyertakan Active Edition Dan Elegant Edition

Huawei 12000 40W SuperCharge Power Bank Turut Diumumkan

Huawei Umum Fon Telinga Dengan Pembatalan Bunyi Menerusi Huawei FreeLace

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend