Jurutera Apple Ditangkap FBI Dipercayai Berpaling Tadah Dengan Syarikat Kenderaan Di China Comments Off on Jurutera Apple Ditangkap FBI Dipercayai Berpaling Tadah Dengan Syarikat Kenderaan Di China

FBI telah menahan seorang lelaki dipercayai bekas pekerja Apple kerana cuba melarikan dokumen rahsia yang mengandungi perisian dan perkakasan berkaitan projek kereta tanpa pemandu Apple.

Xiaolang Zhang yang ditangkap sebelum ini dikatakan pernah melawat syarikat Xiaopeng Motors di China pada tahun 2015 selain berhasrat untuk bekerja di syarikat pembuat kenderaan elektrik di sana.

Tindakan Zhang yang dilihat telah mencuri data rahsia daripada makmal kenderaan Apple telah disedari oleh penyelia yang sedang bertugas. Sementara, hasil siasatan FBI mendapati suspek telah berjaya memuat turun 25 halaman cetakan-biru antaranya pelan kejuruteraan, manual, rujukan teknikal, dan laporan teknikal.

Zhang antara 2,500 pekerja yang mendapat akses memasuki pengkalan data projek tersebut bagaimanapun telah ditahan di Lapangan Terbang San Jose, California pada 7 Julai yang lalu dan kini sedang dibicarakan di mahkamah.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend