Junior Talent Layak Ke Gelanggang PMCO Fall Split 2019 Di Thailand September Ini Comments Off on Junior Talent Layak Ke Gelanggang PMCO Fall Split 2019 Di Thailand September Ini 303

Pada 13 dan 14 Julai lepas, sebanyak 16 pasukan telah bertanding dalam PUBG Mobile National Championship (PMNC) di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Enam pusingan kelayakan telah diadakan di seluruh negara dan 12 pasukan telah terpilih disamping empat pasukan lagi turut dipertandingkan dalam peringkat terakhir ini termasuklah pasukan Junior Talent.

Junior Talent yang mendapat tempat ke-3 tempoh hari juga telah melayakkan mereka untuk bertanding di PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split di Bangkok, September depan. Ini menjadikan Thailand sebagai destinasi kedua selepas mereka bertarung dalam PMCO Spring Split di Shanghai sebelum ini.

Junior Talent yang berada di kedudukan ke-8 dalam pusingan pertama di Sanhok telah mengakhiri pertandingan dengan keputusan skor 221 poin dengan 53 kill. Walau bagaimanapun skor ini nampaknya tertinggal jauh dengan kumpulan VIP yang memperolehi 299 poin dengan 96 kill.

Ahad lalu, kumpulan VIP telah menjuarai pertandingan peringkat kebangsaan PUBG Mobile dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM40,000. Manakala tempat ke-2 dan ke-3 pula dimiliki oleh AROV dan Junior Talent, masing-masing dengan hadiah wang tunai sebanyak RM25,000 dan RM15,000.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend