Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Meningkat Kepada 50 Kes, 14 Kes Baharu Setakat 4 Mac 2020 Comments Off on Jumlah Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Meningkat Kepada 50 Kes, 14 Kes Baharu Setakat 4 Mac 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah melaporkan sebanyak 14 kes baharu kes positif Coronavirus 2019 (COVID-19) setakat 4 Mac 2020. Ini menjadikan jumlah di negara ini meningkat kepada 50 kes.

Sepertimana yang dimaklumkan sebelum ini, gelombang pertama jangkitan COVID-19 di Malaysia yang merangkumi 22 kes positif COVID-19 (iaitu kes pertama sehingga kes ke-22) telahpun sihat dan discaj.

Selepas 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif COVID-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan.

Bagi gelombang kedua ini, terdapat satu (1) kes kluster COVID-19 yang telah dikenal pasti. Kluster ini melibatkan kes positif ke-26. Berdasarkan siasatan dan pengesanan kontak yang telah dijalankan sehingga kini, terdapat 215 kontak rapat yang dikesan. Daripada jumlah kontak rapat tersebut, 16 kes dikesan positif COVID-19, 19 adalah negatif dan 180 menunggu keputusan.

Di dalam perkongsian berasingan, pihak KKM telahpun menafikan berita penularan kes COVID-19 yang dikongsikan melalui aplikasi WhatsApp. Malah pihak KKM turut memberi amaran bahawa pihak yang menularkan berita/info palsu ini boleh disiasat.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend