Juara Kejohanan ‘Celcom Game Hero – Knight Clash’ Menerima Wang Tunai RM100,000 Buat Kali Kedua Comments Off on Juara Kejohanan ‘Celcom Game Hero – Knight Clash’ Menerima Wang Tunai RM100,000 Buat Kali Kedua

Siapa sangka pemuda berusia 24 tahun yang berasal dari Kedah ini telah berjaya dinobatkan sebagai juara kejohanan Celcom Game Hero yang dianjurkan oleh Celcom Axiata Berhad buat kali kedua berturut-turut.

Kejayaan Teoh Khay Seng dalam kejohanan permainan mudah alih ini telah membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000, selepas berjaya menewaskan peserta lain dengan markah keseluruhan tertinggi iaitu 281,100 dalam pertarungan akhir ‘Celcom Game Hero – Knight Clash’.

Ini merupakan kali kedua dia memenangi hadiah wang tunai bernilai RM100,000 di dalam kejohanan anjuran Celcom itu, selepas dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan ‘Celcom Game Hero – Kill Shot Legacy’ pada April 2018 yang lepas.

Tempat kedua kejohanan itu telah dimenangi oleh Muhammad Zairah Bin Mohd, berumur 28 tahun yang berasal dari Kelantan, dengan pungutan markah 280,160 mata dan berjaya membawa pulang wang tunai RM60,000. Manakala tempat ketiga dengan pungutan markah 271,620 telah dimenangi oleh Amir Hadi Bin Abdul dari Sabah dengan memenangi wang tunai RM40,000.

Finalis di tempat ke-4 hingga 6 masing-masing telah dianugerahkan wang tunai RM10,000 dan finalis ke-7 hingga 9 pula memperolehi wang tunai RM5,000.

Kerjasama di antara Celcom dengan Techninier Sdn Bhd bakal diteruskan dengan kejohanan Celcom Game Hero siri keenam dengan membawakan permainan mudah alih ‘Space Rider’. Bertemakan permainan perlumbaan di atas lima landasan separa bulat, pemain perlu menentang musuh dan mengelak pelbagai halangan bagi mendapatkan markah tertinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan permainan mudah alih yang keenam Celcom Game Hero, sila layari www.gamehero.my

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend