Jualan Telefon Pintar Huawei Dijangka Meningkat 25% Pada Tahun 2019 Dengan Menyasarkan Sebanyak 200 Juta Unit 0 326

Melalui laporan yang telah dikongsikan oleh ITHome, jurucakap eksekutif Huawei di China telah mendedahkan bahawa mereka menjangkakan telefon pintar keluaran Huawei akan mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 25% pada tahun 2019 nanti.

Peningkatan tersebut secara tidak langsung telah mendorong Huawei untuk menyasarkan untuk menjual sebanyak 200 juta unit telefon pintar keluarannya pada tahun depan. Jika dibandingkan dengan jenama lain dari China, sasaran yang diletakkan adalah lebih rendah iaitu 20% untuk Xiaomi, dan masing-masing 10% untuk jenama OPPO dan Vivo.

Perkara ini mungkin mampu dicapai oleh Huawei memandangkan laporan terkini yang didedahkan oleh Counterpoint Research telah menyaksikan Huawei telah menerajui pasaran di China dengan 23%. Ini diikuti rapat oleh OPPO dan Vivo yang masing-masing mencatatkan 21%, manakala Xiaomi berada di tempat ke-4 dengan 13%.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend