Jualan Siri HUAWEI Mate 30 Kini Dibuka Kepada Umum Pada Harga Bermula Daripada RM2,799 Comments Off on Jualan Siri HUAWEI Mate 30 Kini Dibuka Kepada Umum Pada Harga Bermula Daripada RM2,799 287

Berbeza dengan siri Mate sebelum ini, proses pemilikan siri Mate 30 tidak terus dibuka jualannya kepada umum. Ini kerana diawal jualannya, ia hanya dibuka kepada pemilik siri Mate terdahulu dan juga melalui program rujukan yang dikongsikan oleh pemilik siri HUAWEI Mate 30.

HUAWEI Mate 30 tampil dengan sokongan tiga kamera utama.

Menariknya bermula hari ini (15 November 2019), HUAWEI Malaysia telah mula membuka jualan rasmi Mate 30 dan juga Mate 30 Pro untuk semua peminat jenama HUAWEI di seluruh negara. Meskipun siri Mate 30 tidak didatangkan dengan sokongan aplikasi daripada Google, ia mungkin tidak menjadi masalah besar kepada sesetengah pengguna kerana kini sudah ada kaedah alternatif untuk memasangnya.

Selain Mate 30 dan Mate 30 Pro, HUAWEI Malaysia turut mengumumkan ketersediaan jualan rasmi untuk produk ‘HUAWEI Smart Life’ iaitu MateBook 13, Watch GT2, HUAWEI x Gentle Monster Eyewear, FreeBuds 3 dan juga WiFi Q2 Pro. Setiap pembelian produk HUAWEI sempena hari pelancaran jualan ini turut menerima hadiah percuma sehingga RM537.

Barisan produk ‘HUAWEI Smart Life’.

Harga dan hadiah percuma:

  • HUAWEI Mate 30 Pro (RM3,899) – Hadiah percuma bernilai RM537
  • HUAWEI Mate 30 (RM2,799) – Hadiah percuma bernilai RM537
  • HUAWEI MateBook 13″ i7 (RM4,399) – Beg galas dan tetikus Bluetooth percuma bernilai RM498
  • HUAWEI MateBook 13″ i5 (RM3,599) – Beg galas dan tetikus Bluetooth percuma bernilai RM498
  • HUAWEI WiFi Q2 Pro (RM499) – WiFi Q2 Pro Satellite percuma bernilai RM169
  • HUAWEI Watch GT2 (RM799 – RM899) – Tali jam percuma bernilai RM69
  • HUAWEI FreeBuds 3 (RM679) – Akan datang
  • HUAWEI x Gentle Monster Eyewear (RM1,599) – Kuantiti terhad

Anda boleh memiliki kesemua produk ini melalui HUAWEI Experience Store atau kedai HUAWEI yang sah, dan juga secara atas talian di HUAWEI Online Official Store.

Baca juga:

HUAWEI FreeBuds 3 Dan Kaca Mata Pintar HUAWEI Akan Dijual Di Malaysia Bermula 15 November

Pelanggan Digi Boleh Memiliki HUAWEI Mate 30 Dan Mate 30 Pro Dengan Komitmen Serendah RM168

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend