Jualan Redmi Note 7 Dijangka Cecah 4 Juta Unit Menjelang Penghujung Mac 2019 Comments Off on Jualan Redmi Note 7 Dijangka Cecah 4 Juta Unit Menjelang Penghujung Mac 2019

Kombinasi antara harga yang mesra poket dan juga spesifikasi yang terbaik, Redmi Note 7 dilihat telah berjaya mendapat sambutan yang sangat positif apabila kesemua unit telah habis dijual dalam masa kurang 9 minit dalam jualan pertamanya di China.

Berikutan permintaan diluar jangkaan, Lu Weibing selaku Pengurus Besar Redmi telah mengumumkan bahawa Xiaomi telah menjangkakan untuk menjual lebih 4 juta unit Redmi Note 7 menjelang hujung bulan Mac 2019 ini. Malah beliau juga turut mengesahkan bahawa penawaran peranti ini tidak akan berhadapan dengan isu kekurangan bekalan untuk jualan.

Redmi Note 7 didatangkan dengan jaminan waranti sehingga 18 bulan.

Xiaomi Malaysia baru sahaja melancarkan model pertama daripada sub-jenamanya iaitu Redmi Note 7 untuk pasaran tempatan dengan harga antara RM679 hingga RM949. Dijadualkan akan mula dijual secara rasmi di Malaysia pada 27 Mac (Rabu) ini, Redmi Note 7 telah didatangkan dengan jaminan waranti selama 18 bulan.

Baca juga:

Redmi Note 7 Dijual Pada Harga Bermula Daripada RM679, Sokong Snapdragon 660 dan Kamera 48MP Samsung GM1

Redmi 7 Dengan Snapdragon 632, Bateri 4000 mAh Turut Dilancarkan Pada Harga Bermula RM499

Redmi Note 7 Habis Dijual Dalam Masa Kurang 9 Minit Dalam Jualan Pertamanya Di China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend