Jualan Redmi AirDots Kini Mencecah 3 Juta Unit Dalam Tempoh Lebih Kurang Empat Bulan Di Pasaran Comments Off on Jualan Redmi AirDots Kini Mencecah 3 Juta Unit Dalam Tempoh Lebih Kurang Empat Bulan Di Pasaran

Sama seperti Xiaomi, sub-jenama Redmi juga dilihat tidak hanya memfokuskan kepada pengeluaran telefon pintar sahaja. Ini kerana ia juga turut menampilkan pelbagai aksesori mampu milik termasuklah earphone tanpa wayar dan juga powerbank.

Selepas mengumumkan rekod jualan yang sangat memberangsangkan untuk model Redmi AirDots dengan kejayaan jualan sebanyak 1 juta unit untuk tempoh 1 bulan pada Julai yang lalu. Baru-baru ini Redmi dengan bangganya telah mendedahkan rekod jualan keseluruhan Redmi AirDots yang kini berjaya mencapai sebanyak 3 juta unit telah terjual bermula 9 April hingga 31 Ogos 2019.

Redmi AirDots menampilkan rekaan earphone tanpa wayar yang kompak ini telah dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 5.0 dan juga speaker 7.2mm yang berupaya menjanjikan audio berkualiti tinggi. Dijual pada harga serendah RM99 di MiFans Global Store di Shopee, ia sudah tentunya menjadi pilihan pengguna yang mementingkan nilai belian terbaik.

  • Miliki Redmi AirDots berharga RM99 dengan 1 tahun jaminan waranti rasmi Xiaomi di Shopee

Baca juga:

Disebabkan Murah, Redmi AirDots Telah Terjual Melebihi 1 Juta Unit Dalam Masa Sebulan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend