Jualan Rasmi iPhone XS, XS Max Dan XR Di Malaysia Bermula Hari Ini – 26 Oktober 2018 Comments Off on Jualan Rasmi iPhone XS, XS Max Dan XR Di Malaysia Bermula Hari Ini – 26 Oktober 2018 822

Selepas membuka sesi pra-tempah iPhone XS, XS Max dan XR untuk pengguna di negara ini pada 16 Oktober yang lalu, ketiga-tiga peranti itu sudahpun boleh dimiliki secara rasmi bermula hari ini (26 Oktober).

Pembelian iPhone XS, XS Max dan XR kini sudah boleh dibuat secara atas talian melalui laman rasmi Apple Malaysia, platform e-dagang seperti Lazada atau Shopee, dan juga kedai pengedar rasmi produk seperti Machines atau Switch.

Harga jualan rasmi iPhone XS:

  • 64GB – RM4,999
  • 256GB – RM5,699
  • 512GB – RM6,649

Harga jualan rasmi iPhone XS Max:

  • 64GB – RM5,399
  • 256GB – RM6,099
  • 512GB – RM7,049

Harga jualan rasmi iPhone XR:

  • 64GB – RM3,599
  • 256GB – RM3,849
  • 512GB – RM4,299

Tetapi jika anda inginkan belian yang lebih berbaloi, Shopee turut membuka jualan ketiga-tiga model ini dengan diskaun sebanyak 5% yang menjanjikan penjimatan melebihi RM350. Jadi sekiranya anda berminat, sila klik

Shopee Beri Diskaun 5% Untuk iPhone XS, XS Max Dan XR Dengan Penjimatan Melebihi RM350

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend