Jualan Pertama Siri Huawei Mate 20 Akan Berlangsung Pada 27 Dan 28 Oktober Di Tiga Lokasi Berbeza, Pembeli Terawal Akan Menerima Dron DJI Tello 0 347

Huawei telahpun melancarkan siri Mate 20 secara rasmi di London lebih kurang seminggu yang lepas, malah sesi pra-tempah untuk Mate 20 dan Mate 20 Pro di negara ini juga sudahpun ditutup.

Jadi sekiranya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi salah seorang pemilik Mate 20 atau Mate 20 Pro terawal di negara ini, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk menghadiri jualan pertamanya yang akan berlangsung pada 27 dan 28 Oktober nanti, jam 10 pagi. Anda boleh mengunjungi tiga lokasi berbeza pada hari tersebut seperti berikut:

  • Pavilion, Kuala Lumpur
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang
  • AEON Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru

Apa yang istimewanya, pembeli terawal yang beratur untuk memiliki Mate 20 atau Mate 20 Pro akan turut berpeluang menerima dron DJI Tello bernilai RM469 secara PERCUMA. Memandangkan hadiah ini ditawarkan dalam stok yang terhad, anda disarankan untuk datang lebih awal ke tiga lokasi tersebut pada hujung minggu ini iaitu 27 hingga 28 Oktober nanti.

Untuk maklumat lanjut berhubung hari jualan pertama siri Huawei Mate 20, anda boleh layari Facebook rasmi Huawei Mobile

Spesifikasi Huawei Mate 20:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (2x Cortex A76 2.6GHz + 2x Cortex A76 1.92GHz + 4x Cortex A55 1.8GHz)
  • 6GB RAM + 128GB
  • kad memori NM sehingga 256GB
  • 6.53 inci IPS LCD, FHD+ (2244 x 1080 piksel)
  • Kamera utama: 12MP + 16MP + 8MP
  • Kamera depan: 24MP
  • 4000 mAh (22.5W atau 4.5V5A)
  • 158.2 x 77.2 x 8.3mm / 188g
  • IP53
  • Pilihan warna: Midnight Blue dan Black
  • RM2,799

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Dalam Warna Black

Spesifikasi asas Huawei Mate 20 Pro:

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • Kirin 980 (2x Cortex A76 2.6GHz + 2x Cortex A76 1.92GHz + 4x Cortex A55 1.8GHz)
  • 6GB RAM + 128GB
  • kad memori NM sehingga 256GB
  • 6.39 inci Curved OLED, 2K+ (3120 x 1440 piksel)
  • Kamera utama: 40MP + 20MP + 8MP
  • Kamera depan: 24MP
  • 4200 mAh (40W atau 10V4A)
  • 157.8 x 72.3 x 8.6mm / 189g
  • IP68
  • Pilihan warna: Twilight, Emerald Green dan Black
  • RM3,599

[Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Twilight

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend