Jualan Murah Ulang Tahun Shopee 12.12 Menjanjikan Promosi Hebat – 26 November Hingga 12 Disember 0 260

Selepas menganjurkan kempen Jualan Besar-Besaran Shopee 11.11, kini peneraju platform e-dagang di Asia Tenggara dan Taiwan bakal meraikan ulang tahunnya melalui pelancaran Jualan Murah Ulang Tahun Shopee 12.12.

Melalui kempen yang akan berlangsung daripada 26 November hingga 12 Disember ini, Shopee akan menawarkan pelbagai promosi hebat termasuklah penghantaran percuma daripada RM12, pulangan tunai sehingga 120% pada setiap hari, dan juga tawaran RM12 pada setiap hari daripada Shopee Mall.

Bersempena dengan kempen Jualan Murah Ulang Tahun Shopee 12.12, Shopee turut mengumumkan pemilihan kumpulan K-pop popular iaitu  BLACKPINK sebagai duta jenama serantau buat pertama kalinya. Serentak dengan pelantikan itu juga, YG Group akan turut melancarkan Kedai Rasmi YG di lima pasaran Shopee, termasuklah di Malaysia pada 26 November nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend