Jualan Kilat ASUS ZenFone Max Pro (M1) Berharga RM599 Kini Dilanjutkan Di Lazada Untuk Bulan Julai 2018 Comments Off on Jualan Kilat ASUS ZenFone Max Pro (M1) Berharga RM599 Kini Dilanjutkan Di Lazada Untuk Bulan Julai 2018

ASUS Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penawaran ASUS ZenFone Max Pro (M1) secara eksklusif di Lazada pada harga RM599 untuk tempoh terhad. Hari ini jualan kilat ASUS ZenFone Max Pro (M1) di Lazada itu telah kembali lagi untuk bulan Julai 2018 dengan harga jualan hanya RM599 berbanding harga asal RM649.

Jualan kilat ZenFone Max Pro (M1) di Lazada ini akan berlangsung pada setiap hari Selasa iaitu pada 3hb, 10hb, 17hb, 24hb dan juga 31hb Julai 2018. Untuk 500 pembeli pertama yang membuat tempahan ASUS ZenFone Max Pro (M1) akan menerima penghantaran ekspres Lazada pada hari bekerja yang berikutnya (dalam kawasan Lembah Klang sahaja).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend