Jualan Huawei MateBook X Pro 2019 Cecah Lebih RM6.1 Juta Dalam Tempoh Lima Saat Di China Comments Off on Jualan Huawei MateBook X Pro 2019 Cecah Lebih RM6.1 Juta Dalam Tempoh Lima Saat Di China

Huawei MateBook X Pro 2019 sebelum ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada 24 Februari yang lalu bersempena acara MWC 2019, dan ia telah dilancarkan secara rasmi di China pada 11 April. Menampilkan spesifikasi berkuasa dalam rekaan moden dengan paparan skrin 3K yang memiliki bezel sangat nipis, kemunculannya telah mendapat perhatian banyak pihak.

Harga jualan Huawei MateBook X Pro 2019 di China.

Bersempena dengan hari jualan pertamanya di China semalam, Huawei MateBook X Pro 2019 sememangnya mendapat permintaan yang sangat luar biasa apabila komputer riba daripada Huawei ini telah berjaya terjual dengan nilai mencecah lebih CNY10 juta (kira-kira RM6.1 juta). Lebih mengejutkan, jumlah jualan itu berjaya diperolehi hanya dalam tempoh lima saat selepas jualan dibuka di platform e-dagang di China.

Huawei MateBook X Pro 2019 diiktiraf sebagai komputer riba paling laris di platform Tmall.com.

Huawei MateBook X Pro 2019 dilihat masih mengekalkan identiti rekaan asalnya yang menampilkan kerangka logam menggunakan proses CNC. Memiliki berat hanya 1.33kg, ia turut tersedia dengan mod ‘One Touch’ yang menjanjikan kaedah perkongsian fail yang sangat pantas dan mudah melalui bantuan teknologi Huawei Share.

Miliki komputer riba keluaran Huawei pilihan anda:

Baca juga:

Huawei MateBook X Pro (2019) Kini Diperkenalkan Dengan Prestasi Lebih Berkuasa Dan Storan Lebih Besar

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend