Jualan Global Siri Redmi Note 8 Kini Cecah Lebih 10 Juta Unit Selepas 3 Bulan Dilancarkan Comments Off on Jualan Global Siri Redmi Note 8 Kini Cecah Lebih 10 Juta Unit Selepas 3 Bulan Dilancarkan 121

Hari ini Xiaomi secara rasminya telah mengumumkan bahawa siri Redmi Note 8 sudahpun terjual lebih daripada 10 juta unit untuk pasaran global. Dilancarkan pada bulan Ogos 2019 yang lalu, Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro telah berjaya mencapai rekod jualan tersebut sebulan lebih awal berbanding siri Redmi Note 7.

Melalui perkongsian di Weibo, Xiaomi telah berkongsi bahawa secara purata sebanyak 110,000 unit Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro telah berjaya dijual pada setiap hari.

Di dalam perkongsian itu juga, Xiaomi turut mengumumkan pelancaran rasmi siri Redmi K30 yang akan berlangsung esok, di China. Manakala pengguna di Malaysia pula akan menyaksikan pelancaran rasmi siri Mi Note 10 dengan sokongan penta kamera 108MP yang akan diadakan esok.

Baca juga:

Ketirisan Imej Sebenar Redmi K30 Mengesahkan Sokongan Skrin 120Hz Dan Pengecasan Pantas 30W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend