Jualan Atas Talian HONOR 9X Pro Bermula 17 April Ini, Percuma HONOR Band 5i Dan Cloud Storage 50GB Comments Off on Jualan Atas Talian HONOR 9X Pro Bermula 17 April Ini, Percuma HONOR Band 5i Dan Cloud Storage 50GB

Pada hari pelancaran HONOR 9X Pro yang berlangsung pada minggu lepas, HONOR Malaysia telahpun mengumumkan ketersediaan jualan model terbaharunya itu mulai 17 April ini secara eksklusif di seluruh HONOR Experience Stores (HES).

Berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020, HONOR 9X Pro berharga RM999 kini boleh dimiliki bermula 17 April nanti secara atas talian di laman rasmi https://www.hihonor.com/my/.

Setiap pembelian HONOR 9X Pro akan turut menerima hadiah percuma berupa HONOR Band 5i bernilai RM119 (selagi stok masih ada) dan juga langganan percuma 50GB HUAWEI Cloud Storage selama 3 bulan.

Untuk sebarang pertanyaan atau Perkhidmatan Bantuan 1-ke-1 HONOR, pengguna boleh menggunakan saluran berikut:

  1. Hotline 1800-22-0086 (9 pagi hingga 9 malam)
  2. Live Chat (9 pagi hingga 6 petang)
  3. Facebook (9 pagi hingga 6 petang)
  4. WhatsApp +6012 685 5652 (9 pagi hingga 6 petang)

HONOR 9X Pro merupakan peranti pertama daripada HONOR dengan sokongan aplikasi pra-pasang AppGallery, dan ia telah dikuasakan dengan cipset Kirin 810, skrin 6.59 inci FHD+, tiga kamera 48MP dan juga dilengkapi sistem penyejukan cecair.

Tonton video buka kotak HONOR 9X Pro:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend