Jersi ‘NikeConnect Chelsea FC’ Dengan Sokongan NFC Membolehkan Si Pemakai Mendapatkan Kandungan Eksklusif Comments Off on Jersi ‘NikeConnect Chelsea FC’ Dengan Sokongan NFC Membolehkan Si Pemakai Mendapatkan Kandungan Eksklusif

Nike dengan kerjasama kelab bola sepak Chelsea baru-baru ini telah melancarkan jersi replika istimewa yang tampil lebih canggih berbanding jersi biasa. Melalui penyediaan cip NFC terbina-dalam pada bahagian logo NikeConnect, pengguna boleh memaparkan pelbagai kandungan eksklusif pada telefon pintar mereka.

Walaupun teknologi NikeConnect ini sudahpun diperkenalkan pada jersi bola keranjang di Amerika Syarikat pada tahun lepas, kerjasama dengan Chelsea merupakan yang pertama digunakan dalam Liga Perdana. Apa yang istimewanya, cetakan tekstur dinamik pada jersi ini mungkin kelihatan seperti corak kontemporari, tetapi apabila dilihat dengan lebih teliti ia sebenarnya memaparkan gambaran Stamford Bridge yang terkenal di London.

Dengan membuat imbasan pada logo NikeConnect menggunakan aplikasi Nike, peminat kelab bola sepak Chelsea boleh mengakses pelbagai kandungan eksklusif termasuklah produk, tiket perlawanan, jadual perlawanan, aksi di belakang tabir dan banyak lagi. Walaupun jersi replika ini tidak akan dipakai oleh pemain di dalam padang, ia sebenarnya disasarkan istimewa buat peminat tegar kelab bola sepak Chelsea.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend