Jerman Beri Kebenaran Untuk Huawei Membangunkan Infrastruktur 5G Tetapi Bersyarat Comments Off on Jerman Beri Kebenaran Untuk Huawei Membangunkan Infrastruktur 5G Tetapi Bersyarat 390

Berdasarkan kepada laporan yang dikongsikan oleh The Wall Street Journal pada Mac yang lalu, pihak Amerika Syarikat telah mengugut Jerman untuk mengehadkan perkongsian perisikan sekiranya mereka membenarkan Huawei Technologies membina infrastruktur rangkaian 5G di negara itu.

Namun begitu baru-baru ini, melalui temu bual di antara Ketua Agensi Rangkaian Persekutuan Jerman dengan Financial Times, Jochen Homann telah mengeluarkan kenyataan bahawa tiada pembekal peralatan khusus yang perlu dikecualikan. Tambahan pula tiada sebarang bukti yang memperlihatkan risiko keselamatan terhadap peralatan yang dibekalkan oleh Huawei.

Menurutnya lagi, sekatan terhadap Huawei akan memberi kesan terhadap Deutsche Telekom dan juga pesaingnya yang lain kerana kesemuanya telah menggunakan teknologi yang dibangunkan oleh Huawei. Bahkan sekatan ini juga akan memperlahankan perkembangan teknologi rangkaian baharu di negara itu.

Walau bagaimanapun, pembangunan infrastruktur rangkaian 5G milik Huawei di Jerman boleh diteruskan selagi mereka mematuhi keperluan keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa di negara itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend