Jerayawara Siri HUAWEI Mate 30 Telahpun Bermula, Menawarkan Promosi Istimewa Comments Off on Jerayawara Siri HUAWEI Mate 30 Telahpun Bermula, Menawarkan Promosi Istimewa

Jerayawara siri HUAWEI Mate 30 telahpun berlangsung di HUAWEI Experience Store, Pavilion Elite bermula hari ini sehingga 1 Januari 2020. Seperti namanya, ia adalah masa di mana orang ramai boleh melihat peranti terbaru ini dengan lebih dekat serta merasai sendiri pengalaman menggunakannya di beberapa reruai khas.

Lebih penting lagi, jerayawara ini turut menawarkan hadiah istimewa berupa HUAWEI Freelace bernilai RM369 kepada 100 pembeli terawal siri HUAWEI Mate 30. Tawaran hadiah percuma seperti HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger dan HUAWEI Case bernilai RM289 turut diberikan kepada pelanggan, selain 2x peluang cabutan bertuah untuk para pelanggan warganegara Malaysia.

Bagi yang tinggal berdekatan dengan Kuala Lumpur atau Lembah Klang, ini adalah peluang terbaik untuk anda meneroka keistimewaan siri HUAWEI Mate 30 sebelum anda memilikinya. Untuk pengetahuan anda, dua peranti ini boleh didapati di dua platfom seperti berikut:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend