Jerayawara Honor View 20 Tawar Hadiah Percuma Bernilai Lebih RM700 Comments Off on Jerayawara Honor View 20 Tawar Hadiah Percuma Bernilai Lebih RM700

Honor View 20 bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Ia merupakan peranti dengan kamera 48MP pertama daripada Honor. Melalui pengumuman terbaru, Honor View 20 akan mula berada di pasaran tempatan pada 26 Januari 2019 di pentas jerayawara Honor View 20 di Kuala Lumpur.

Jerayawara ini akan berlangsung pada 23 hingga 27 Januari 2019 di tingkat bawah Highstreet, 1 Utama Shopping Centre. Pelanggan yang membuat pembelian Honor View 20 akan menerima hadiah berupa jam pintar Honor Magic dan beg galas Honor bernilai lebih daripada RM700 (untuk 200 pelanggan yang terawal), manakala gelang pintar Honor Band 4 dan beg galas akan diberikan kepada 800 pelanggan yang seterusnya.

Honor View 20 ditawarkan dengan dua pilihan memori 6GB + 128GB dan 8GB + 256GB yang mana varian tertinggi menyediakan warna eksklusif Phantom Blue.

Di jerayawara ini juga orang ramai boleh mendapatkan Honor 10 Lite pada harga RM799 dengan hadiah menarik bernilai RM188 untuk 1000 pelanggan yang terawal. Pelbagai aktiviti dan permainan turut diajurkan di sana.

Sekiranya anda menetap di sekitar Lembah Klang, ini merupakan peluang keemasan untuk direbut malah anda juga boleh menjadi pelanggan yang terawal memiliki peranti terbaharu daripada Honor.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend