Jenama Telefon Pintar Ini Mungkin Gulung Tikar Tidak Lama Lagi Comments Off on Jenama Telefon Pintar Ini Mungkin Gulung Tikar Tidak Lama Lagi 722

Teknologi telefon pintar saban hari semakin maju. Setiap pengeluar berlumba-lumba memperkenalkan teknologi mereka menerusi telefon pintar terbaharu. Bagaimanapun, lain pula cerita untuk jenama Smartisan dari China ini. Smartisan kini dilaporkan sedang ‘nazak’ kerana baru-baru ini mereka telah menarik keluar hampir semua model telefon pintar mereka dari gedung beli-belah terkenal, Tmall.

Bukan setakat telefon pintar tetapi produk lain dari Smartisan seperti penapis udara dan lain-lain produk juga kelihatan telah ‘kehabisan stok’. Apa yang tinggal setakat ini adalah aksesori telefon pintar dan produk-produk lain yang lebih murah.

Smartisan Nut R1

Smartisan kini mengalami masalah kewangan yang mana syarikat di belakang TikTok ini cuma dapat menjual 3 juta telefon pintar sepanjang ia ditubuhkan. Masalah ini juga telah membuatkan Smartisan gagal membayar gaji pekerjanya pada bulan Disember lepas. Menurut sumber, aset syarikat itu kini dibekukan atas sebab tuntutan pembekal yang masih belum dibayar.

Smartisan merupakan pengeluar yang berjaya memperkenalkan telefon pintar pertama di dunia dengan memori storan sebesar 1TB menerusi Smartisan Nut R1. Di Malaysia, jenama ini tidak dibawa masuk secara rasmi dan mungkin anda juga tidak pernah mengenali jenama ‘Smartisan’ selama ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend