Jenama Telefon Pintar Dari China Mendominasi 62% Daripada 30.7 Juta Pengedaran Di Rantau Asia Tenggara Comments Off on Jenama Telefon Pintar Dari China Mendominasi 62% Daripada 30.7 Juta Pengedaran Di Rantau Asia Tenggara 128

Menurut laporan terkini yang dikongsikan oleh Canalys, pasaran telefon pintar di rantau Asia Tenggara pada suku kedua tahun 2019 ini telah mencatatkan peningkatan sebanyak 2% berbanding tahun sebelumnya. Untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2019, sebanyak 30.7 juta unit telefon pintar telah berjaya diedarkan di rantau ini.

Samsung dilaporkan telah mengedar sebanyak 7.7 juta unit iaitu kenaikan sebanyak 5%, selepas mengalami penurunan untuk tiga suku berturut-turut. Manakala di tempat kedua telah diikuti rapat oleh OPPO dengan pengedaran sebanyak 7.3 juta unit, iaitu kenaikan terbaik pernah dicatatkan setakat ini dengan 49%.

Vivo pula berada di tempat ketiga dengan 4.1 juta unit telefon pintar telah diedarkan, dan kedudukan di tempat keempat yang disandang oleh HUAWEI telah dirampas oleh Xiaomi dengan pengedaran sebanya 3.7 juta unit. Bahkan buat pertama kalinya Realme telah berjaya tersenarai sebagai salah satu daripada lima jenama teratas dengan pengedaran sebanyak 1.6 juta unit.

Apa yang menariknya, gabungan pengedaran peranti keluaran OPPO, Vivo, Xiaomi, Realme dan HUAWEI mencatatkan sebanyak 19 juta unit untuk suku kedua tahun 2019. Ini bermaksud 62% daripada jumlah pengedaran telefon pintar di rantau Asia Tenggara telah didominasi oleh jenama telefon pintar dari China.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend