Jenama Realme Telah Disahkan Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Tidak Lama Lagi Comments Off on Jenama Realme Telah Disahkan Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Sub-jenama OPPO iaitu Realme yang sebelum ini ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran di India, akhirnya kini telah disahkan akan diperluaskan lagi pasarannya ke rantau Asia Tenggara. Lebih menariknya, Malaysia telah terpilih sebagai salah satu daripada pasaran utama berikutan potensi pasaran yang sangat kuat.

Dengan mensasarkan penghasilan telefon pintar berkualiti pada harga mampu milik, jenama Realme yang ditubuhkan pada Mei 2018 ini telah mendapat sambutan yang sangat positif di kalangan pengguna. Ini jelas dapat dilihat apabila model Realme 1 telah habis dijual dalam tempoh dua minit selepas model itu mula dijual. Malah dalam tempoh dua bulan dijual, ia telah mencatatkan jualan sebanyak 400,000 unit.

Kemunculan model Realme 2 di India juga turut mencatatkan rekod baharu apabila 200,000 unit telah berjaya dijual kurang dari 5 minit. Sejak mula diperkenalkan, jenama Realme telah berjaya memperolehi sebanyak 4% daripada perkongsian pasaran atas talian dalam tempoh hanya 30 hari sahaja.

Jadi dengan kemasukan sub-jenama OPPO ini ke Malaysia, pengguna tempatan sudah tentunya boleh membuat pilihan alternatif untuk segmen peranti mampu milik dengan penawaran Realme 2 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend