Jangan Lupa Bergambar Dengan Salji Di Dua Lokasi Ini Untuk Menang Tiket Ke Huawei Christmas Night 0 414

Bagi sesiapa yang mengunjungi Pavilion, Kuala Lumpur sejak beberapa minggu ini, anda pastinya perasan hiasan perayaan di depan pintu masuk pusat beli-belah tersebut. Bersempena perayaan Krismas, orang ramai boleh singgah ke reruai Huawei untuk menyertai pesta salji yang diadakan.

Pesta salji akan diadakan pada setiap hari pada pukul 8 malam malah orang ramai juga boleh bertemu dengan Santarina untuk mendapatkan hadiah selain mengambil gambar snowfie di reruai yang disediakan. Gambar yang ingin dicuci pula boleh ditebus di Huawei Experiece Store di tingkat 5, Pavilion Elite.

Huawei turut membawa pengalaman salji ini kepada orang ramai yang berada di utara, selatan, dan timur tanah air. Lokasi yang anda boleh kunjungi adalah di Sunway Carnival, Pulau Pinang bermula hari ini hingga 25 Disember, sementara di Aeon Mall Tebrau dan Aeon Mall, Kuching dari 21 Disember hingga 26 Disember depan.

Kredit gambar: The Star

Mengambil gambar bertemakan salji juga boleh membawa tuah kepada anda apabila Huawei menganjurkan ‘Huawei Snowy Christmas Photo Challenge’. Hadiah yang ditawarkan pula berupa tiket ke acara ‘Huawei Christmas Night’ pada 20 Disember 2018.

Bagaimana ingin sertai peraduan ini? Ikuti langkah dibawah:

  1. Like post ini dan Follow facebook rasmi Huawei.
  2. Ambil gambar paling kreatif dengan salji dengan tanda Huawei di lokasi tersebut.
  3. Gambar yang diambil dengan watermark Huawei sahaja yang layak sertai peraduan ini.
  4. Share gambar di facebook dengan tanda pagar #HUAWEIsnowychristmas dan tag @HUAWEIMobileMY.
  5. 10 gambar terbaik akan dipilih untuk dijemput ke acara Huawei Christmas Night.
  6. Peraduan berlangsung dari 1 Disember hingga 14 Disember 2018.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend