Jaminan Waranti Tambahan 1 Tahun Untuk Model Telefon Pintar Terpilih HUAWEI Kini Dilanjutkan Comments Off on Jaminan Waranti Tambahan 1 Tahun Untuk Model Telefon Pintar Terpilih HUAWEI Kini Dilanjutkan 153

Sekiranya anda ingin mendapatkan nilai belian yang lebih berbaloi, HUAWEI Malaysia kini telah mengumumkan lanjutan jaminan waranti tambahan 1 tahun untuk telefon pintar terpilih keluarannya. Bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2019, pengguna akan menikmati jaminan waranti sehingga 2 tahun dengan setiap pembelian model berikut:

  • HUAWEI P30, P30 Pro
  • HUAWEI Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X
  • HUAWEI Nova 5T

Bagi menikmati jaminan waranti 1+1 tahun ini, pembeli model terpilih di atas perlu mendaftar peranti mereka di aplikasi HiCare dalam tempoh 7 hari selepas pembelian peranti sepanjang kempen ini berlangsung.

Dengan adanya jaminan waranti tambahan ini, telefon pintar yang layak akan menerima perlindungan terhadap kos pembaikan mengikut piawaian penyelengaraan rasmi daripada HUAWEI. Bahkan penukaran perkakasan yang rosak juga akan digantikan dengan alat ganti yang 100% asli.

sumber

Baca juga:

HUAWEI Dijangka Akan Menjual Sebanyak 270 Juta Unit Telefon Pintar Untuk Sepanjang Tahun 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend