Jam Tangan Pintar Pertama OPPO Mungkin Hadir Dengan Rekaan Skrin Melengkung Comments Off on Jam Tangan Pintar Pertama OPPO Mungkin Hadir Dengan Rekaan Skrin Melengkung

OPPO sebelum ini telah dilaporkan akan memperkenalkan jam tangan pintar keluarannya yang pertama pada acara MWC 2020. Namun disebabkan isu Koronavirus (COVID-19), OPPO terpaksa menunda tarikh pelancaran tersebut.

Melalui pendedahan beberapa gambar sebenar yang dikongsikan oleh laman Slashleaks, ia telah mendedahkan rekaan panel kaca melengkung 3D yang dipercayai akan digunakan pada jam tangan pintar keluaran OPPO.

Rekaan skrin melengkung ini dikatakan menggunakan teknologi skrin hyperboloid yang sama seperti yang diperkenalkan pada model telefon pintar OPPO Find X.

Walau bagaimanapun, kesahihan ketirisan gambar panel skrin 3D untuk jam tangan pintar keluaran OPPO ini masih lagi dapat dipastikan kebenarannya.

Imej pengolokan jam tangan pintar OPPO yang dikongsikan oleh @UniverseIce sebelum ini.

Tambahan pula rekaan skrin pada imej pengolokan jam tangan pintar OPPO yang tertiris sebelum ini kelihatan sedikit berbeza daripada rekaan panel skrin 3D yang dikongsikan ini.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend