Jam Pintar OPPO Seterusnya Bakal Menyaingi Apple Watch Comments Off on Jam Pintar OPPO Seterusnya Bakal Menyaingi Apple Watch

Bulan lalu OPPO telah mengacah jam pintar baharu tanpa memberitahu apa-apapun mengenai spesifikasinya. Kini, peniris terkenal di Weibo menerusi akaun Digital Chat Station telah memberitahu bahawa jam tersebut akan dilengkapi sensor EKG.

EKG atau dengan nama panjangnya, elektrokardiogram merupakan sensor yang mampu membaca isyarat elektrikal pada jantung anda. Melaluinya, ia dapat membaca kadar degupan jantung (denyutan per minit) dan rentak (keteraturan), serta fibrilasi atrium.

Jam pintar pertama yang menyertakan sensor EKG ialah Apple Watch Series 4. Selepas itu, diikuti Apple Watch Series 5 dan jenama lain seperti Samsung (Galaxy Watch Active2), Withings (ScanWatch), dan Amazfit (Verge 2).

Manakala jam atau gelang pintar biasa hanya didatangkan dengan sensor SPO2 yang berfungsi untuk mengukur tahap oksigen dalam badan.

Selain EKG, jam pintar OPPO terbaru nanti akan tampil dengan reka bentuk segi empat pada panel muka jam. Timbalan Presiden OPPO, Brian Shen juga berpendapat paparan segi empat mampu memuatkan lebih banyak notifikasi berbanding paparan berbentuk bulat.

Jam pintar OPPO dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini yang mana berkemungkinan berlaku pada acara yang sama OPPO Find X2 diperkenalkan.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend