Jabra Malaysia Lancar Elite 85h, Elite Active 45e dan Move Style Edition Untuk Gaya Hidup Aktif – Harga Bermula Daripada RM379 Comments Off on Jabra Malaysia Lancar Elite 85h, Elite Active 45e dan Move Style Edition Untuk Gaya Hidup Aktif – Harga Bermula Daripada RM379

Jabra Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasmi tiga model audio terkini keluarannya yang disasarkan untuk peminat audio tegar yang aktif dengan penawaran model Elite 85h, Elite Active 45e dan juga Move Style Edition untuk pengguna tempatan.

Jabra Elite 85h merupakan model yang menjadi tumpuan utama di dalam majlis pelancaran ini kerana ia menjanjikan pengalaman audio terbaik melalui kerjasama dengan audEERING, iaitu peneraju dalam bidang analisis audio berasaskan AI dan juga teknologi kepintaran berkonteks.

Dilengkapi dengan teknologi seperti SmartSound yang mampu menapis tahap kebisingan persekitaran secara automatik, Digital Hybrid Active Noise Cancellation (ANC) dan HearThrough yang membolehkan anda mendengar bunyi persekitaran dengan lebih jelas.

Kombinasi teknologi ini secara tidak langsung membolehkan Elite 85h menjanjikan kualiti muzik terbaik, dan dalam masa sama memastikan kejelasan audio ketika menjawab panggilan dalam apa jua situasi.

Dengan ketahanan bateri sehingga 41 jam tanpa mengaktifkan ANC, Elite 85h turut menjanjikan perlindungan terbaik melalui penarafan IP52 dengan jaminan sehingga dua tahun. Malah melalui sokongan aplikasi Sound+, pengguna berupaya mengawal tetapan audio dan juga akses pantas ke Alexa, Siri ataupun Google Assistant.

Di dalam majlis pelancaran ini juga, Jabra Malaysia turut memperkenalkan dua lagi model iaitu Move Style Edition yang mampu bertahan sehingga 14 jam, dan juga Elite Active 45e yang hadir dengan perlindungan IP67 dengan jaminan sehingga dua tahun.

Jabra Move Style Edition
Jabra Elite Active 45e

Jabra Elite 85h, Elite Active 45e dan Move Style kini boleh didapati di semua kedai All IT Hypermarket, Harvey Norman dan juga pengedar Jabra yang sah di Malaysia bermula Mei ini.

  • Jabra Elite 85h – RM1,349
  • Jabra Move Style Edition – RM419
  • Jabra Elite Active 45e – RM379
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend