Jabra Lancar Polisi Waranti Baharu Dengan Penukaran Segera 1 Ke 1 Untuk Produk Bermasalah Comments Off on Jabra Lancar Polisi Waranti Baharu Dengan Penukaran Segera 1 Ke 1 Untuk Produk Bermasalah 127

Antara isu yang sering dihadapi oleh pemilik earphone atau earbuds adalah kesukaran untuk membaiki peranti yang bermasalah, dan ia sudah tentunya akan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian di atas kerosakan tersebut. Malah proses untuk menebus waranti juga merupakan satu masalah kerana kesukaran untuk mencari pusat servis selepas jualan.

Menyedari akan permasalah tersebut, Jabra telah melancarkan polisi waranti baharu yang menawarkan penukaran segera 1 ke 1 untuk produk yang bermasalah. Melalui polisi baharu ini, pengguna tidak lagi perlu menghantar dan menunggu peranti mereka untuk dibaiki, ini kerana pengguna yang layak akan terus boleh menikmati polisi baharu ini jika tiada sebarang kerosakan fizikal ditemui.

Polisi penukaran segera 1 ke 1 yang pertama seumpamanya di Malaysia ini sah untuk kesemua produk Jabra, merangkumi siri Elite, Bluetooth mono headset dan juga headphone. Butiran terperinci berkaitan cara menebus waranti boleh ditemui pada stiker hologram yang terdapat pada kotak pembungkusan.

Bagi memastikan produk Jabra anda layak untuk menikmati polisi waranti baharu ini, produk yang dibeli perlulah didaftarkan secara online di https://www.amt.com.my/page/support/warranty-form.aspx.

Cabutan bertuah ‘Jabra Lucky Draw’ dengan hadiah mencecah RM22,000 untuk dimenangi:

Serentak dengan pelancaran polisi waranti baharu ini, pelanggan yang membuat pembelian siri Jabra Elite dan juga Move Style yang mendaftar waranti secara online sebelum 31 Disember 2019 akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah iPhone 11, iPad generasi ke-7, telefon pintar HUAWEI, TV 49 inci dan juga jam tangan pintar Garmin.

Baca juga:

Jabra Malaysia Lancar Elite 85h, Elite Active 45e dan Move Style Edition Untuk Gaya Hidup Aktif – Harga Bermula Daripada RM379

Kamera Sidang Video Jabra PanaCast Berkeupayaan AI Pertama Di Dunia Kini Dijual Pada Harga Bermula RM4,599

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend