Jabra Elite Active 65t Kini Terima Diskaun 50% Hanya Pada 9 April, Eksklusif Di Lazada Comments Off on Jabra Elite Active 65t Kini Terima Diskaun 50% Hanya Pada 9 April, Eksklusif Di Lazada

Jabra Malaysia hari ini telah mengumumkan tawaran eksklusif untuk anda memiliki Jabra Elite Active 65t dengan diskaun 50% untuk tempoh hanya 24 jam, bermula tengah malam pada 9 April 2020 ini.

Ditawarkan pada harga hanya RM449, Jabra Elite Active 65t yang telah memenangi anugerah sebelum ini dijual pada harga RM899. Promosi eksklusif satu hari ini hanya boleh dinikmati melalui Jabra Official Store di Lazada.

oznor

Dilengkapi dengan ciri IP56 yang kalis peluh dan debu ini telah didatangkan dengan jaminan waranti sehingga 2 tahun. Bahkan ia turut turut tersedia dengan polisi waranti penukaran 1-ke-1 bagi kerosakan yang tidak disengajakan.

Jabra Elite Active 65t juga menjanjikan ketahanan bateri sehingga 5 jam dengan satu cas dan boleh bertahan sehingga 15 jam dengan bantuan bekas simpanan.

Selain menjanjikan kualiti audio dan sambungan yang terbaik, Jabra Elite Active 65t turut didatangkan dengan sokongan empat mikrofon bagi memastikan prestasi panggilan yang lebih jelas.

  • Beli Jabra Elite Active 65t berharga RM449, eksklusif hanya di Lazada

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend