J.Flex Merupakan Bateri Fleksibel Yang Disasarkan Untuk Peranti Boleh-Pakai Comments Off on J.Flex Merupakan Bateri Fleksibel Yang Disasarkan Untuk Peranti Boleh-Pakai

Di dalam acara CES 2019, Jenax yang merupakan sebuah syarikat yang berpangkalan dari Korea Selatan telah memperkenalkan bateri fleksibel yang pertama seumpamanya dalam industri.

Kemunculan J.Flex mungkin mampu mengubah penghasilan peranti boleh-pakai memandangkan fizikalnya yang sangat fleksibel. Rekaan fleksibel yang ditawarkan memberikan lebih kebebasan kepada pengeluar peranti boleh-pakai kerana baterinya yang boleh dipintal atau dilipat tanpa risiko terbakar atau sebagainya.

Menurut Jenax, penghasilan bateri fleksibel generasi pertama ini sebenarnya disasarkan untuk sektor perubatan tetapi ia masih sesuai untuk digunakan pada alat elektronik pengguna seperti jam tangan pintar. Buat masa ini J.Flex masih lagi berhadapan dengan cabaran kapasiti kerana setiap unit hanya mampu menyokong sekitar 30 mAh sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend