Isu Pengimbas Cap Jari Pada ASUS ZenFone Max Pro (M1) Kini Diatasi Dengan Kemas Kini Terbaru Comments Off on Isu Pengimbas Cap Jari Pada ASUS ZenFone Max Pro (M1) Kini Diatasi Dengan Kemas Kini Terbaru

Isu yang dihadapi dengan sensor pengimbas cap jari pada ASUS ZenFone Max Pro (M1) yang tidak responsif dan perlu disentuh dengan kuat, kini akhirnya telah berjaya diatasi melalui penerimaan kemas kini terbaru.

Berdasarkan kepada pengamatan kami, isu ini terjadi selepas kemas kini untuk sistem keselamatan Android untuk bulan Ogos dipasang. Perkara ini telah menyebabkan sensor tidak dapat mengimbas cap jari dengan baik kecuali apabila jari disentuh dengan sangat kuat pada permukaan sensor.

Tetapi dengan adanya kemas kini terbaru versi 15.2016.1808.326 dengan fail bersaiz 67.45MB ini, isu itu dilihat telah berjaya diatasi sepenuhnya. Selain daripada itu, kemas kini terbaru ini juga turut memperbaiki prestasi kamera utama peranti ini, dan dalam masa yang sama mengaktifkan ciri panggilan yang lebih jelas menggunakan rangkaian LTE iaitu TW GT VoLTE serta VoWIFI/T-Star VoLTE di Taiwan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend