Isu Paparan Skrin Permainan PUBG Mobile Pada Pocophone F1 Kini Telah Berjaya Diatasi Comments Off on Isu Paparan Skrin Permainan PUBG Mobile Pada Pocophone F1 Kini Telah Berjaya Diatasi

Pocophone F1 dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 845, RAM berkapasiti 6GB, dan juga teknologi penyejukan cecair, telah mendapat perhatian banyak pihak bukan sahaja disebabkan oleh spesifikasi yang berkuasa, tetapi ia dijual pada harga yang sangat kompetitif di pasaran.

Menu kawalan di sebelah kiri skrin sebelum ini tidak boleh diakses kerana terlindung dengan takuk.

Spesifikasi tinggi pada Pocophone F1 ini sememangnya sangat sesuai untuk aktiviti gaming, tetapi sayangnya sebelum ini ramai daripada pemilik peranti berkenaan telah melaporkan berhadapan dengan isu paparan apabila bermain permainan PUBG Mobile. Menurut pengguna  bahagian kiri permainan itu telah terlindung di sebalik takuk dan ia sememangnya mengganggu antaramukanya.

Kini isu PUBG Mobile yang dihadapi pada Pocophone F1 telah berjaya diatasi.

Nampaknya isu yang menghantui pemilik Pocophone F1 telahpun berjaya diatasi, setelah pembangun permainan PUBG Mobile dilaporkan telah memperbetulkan kedudukan butang kawalan di sebelah kiri skrin. Melalui perkongsian imej daripada pemilik peranti berkenaan, kesemua butang kawalan di sebelah kiri skrin kini telah dianjakkan ke dalam, sekaligus membolehkan ianya diakses oleh pengguna.

Nota: Buat masa ini hanya pengguna Pocophone F1 di India sahaja telah menerima kemas kini untuk mengatasi isu pada PUBG Mobile. Manakala kemas kini global akan diperkenalkan mulai esok (9 Oktober 2018).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend