iQOO Pro 5G Dengan Cipset Snapdragon 855 Plus Akan Diedarkan Tidak Lama Lagi Comments Off on iQOO Pro 5G Dengan Cipset Snapdragon 855 Plus Akan Diedarkan Tidak Lama Lagi 238

Peranti gaming terbaru dari Vivo iaitu iQOO Pro 5G akan hadir tidak lama lagi untuk pasaran China. Pengesahan ini telah dibuat oleh syarikat di laman Weibo baru-baru ini. Peranti tersebut akan dilancarkan pada 22 Ogos ini dengan cip pemproses Snapdragon 855 Plus.

Pasukan iQOO juga nampaknya menyertakan perisian khas untuk permainan mudah alih seperti yang ditawarkan oleh HUAWEI melalui GPU Turbo.

Selain menggunakan cip pemproses berkuasa, iQOO Pro 5G dikatakan bakal tiba dengan paparan 6.41-inci AMOLED beresolusi FHD+ disamping sokongan pengimbas cap jari bawah skrin. Pada panel belakang, ia akan menempatkan sistem tri-kamera gabungan sensor 48MP + 13MP + 12MP bersama kamera depan 12MP.

Data dari TENAA juga mendapati peranti akan digandingkan dengan memori 12GB RAM dan storan seluas 512GB. Dimensinya pula sedikit besar dan tebal memandangkan kapasiti bateri telah ditambah menjadikan berat tubuh turut meningkat.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend