iQOO Neo Yang Dikuasakan Dengan Snapdragon 845 Dan Tiga Kamera, Akan Dilancarkan Pada 2 Julai 2019 Comments Off on iQOO Neo Yang Dikuasakan Dengan Snapdragon 845 Dan Tiga Kamera, Akan Dilancarkan Pada 2 Julai 2019

Selepas mendedahkan beberapa imej acah berhubung telefon pintar terbaharunya iaitu iQOO Neo, akhirnya Feng Yufei selaku Naib Presiden iQOO telah mengesahkan tarikh rasmi pelancaran peranti tersebut melalui akaun Weibo rasmi iQOO.

Dijadualkan akan dipertontonkan kepada umum pada 2 Julai 2019 nanti, iQOO Neo akan dilancarkan di Chengdu,China, dan majlis tersebut juga akan dikongsikan kepada orang ramai melalui penstriman langsung. Berbeza dengan iQOO versi Snapdragon 855 yang telahpun dilancarkan secara rasmi pada Mac yang lalu, iQOO Neo menampilkan sokongan spesifikasi yang sedikit rendah.

Namun jika dilihat pada sokongan spesifikasi yang dikongsikan sebelum ini, iQOO Neo jelas memfokuskan kepada ciri permainan kerana dilengkapi dengan cipset Snapdragon 845, paparan skrin 6.38 inci AMOLED, bateri 4420 mAh dengan pengecasan pantas 22.5W, teknologi 4D Game Shock 2.0, dan juga sistem penyejukan Super Liquid Cooling.

sumber

Baca juga:

iQOO Neo Disahkan Sokong Tiga Kamera Utama Dan Paparan Skrin Dengan Rekaan Takuk Kecil

Imej Acah iQOO Neo Memperlihatkan Sokongan Teknologi ‘4D Game Shock 2.0’ Dan Sistem Penyejukan Cecair

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend