iQOO Neo Disahkan Sokong Tiga Kamera Utama Dan Paparan Skrin Dengan Rekaan Takuk Kecil Comments Off on iQOO Neo Disahkan Sokong Tiga Kamera Utama Dan Paparan Skrin Dengan Rekaan Takuk Kecil

iQOO merupakan sub-jenama pertama yang diperkenalkan oleh Vivo dan kemunculannya di pasaran berjaya menarik perhatian banyak pihak. Ini kerana ia hadir dengan sokongan spesifikasi berkuasa seperti penggunaan cipset Qualcomm Snapdragon 855, RAM sehingga 12GB, ruang storan sehingga 256GB, bateri 4000 mAh dengan pengecasan pantas 44W, butang maya gaming pada sisi kerangka dan juga ciri penyejukan cecair.

Menariknya iQOO baru-baru ini telah berkongsi imej acah rasmi tentang kemunculan varian lebih mampu milik dengan penawaran iQOO Neo yang dipercayai menyokong sokongan spesifikasi lebih rendah di laman Weibo. Berdasarkan laporan yang telah dikongsikan sebelum ini, iQOO Neo dipercayai akan hadir dengan cipset Snapdragon 845, RAM 6GB, ruang storan 128GB, dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh.

Screenshot yang diambil melalui akaun rasmi iQOO di laman Weibo.

Manakala dari segi rekaan fizikalnya berasaskan kepada gambar yang dikongsikan, iQOO Neo masih mengekalkan rekaan skrin dengan takuk kecil. Bahkan ia juga dilihat masih menyokong tiga lensa untuk kamera utamanya, tetapi kedudukan LED Flash dilihat sedikit berbeza dengan rekaan asal iQOO sebelum ini.

Panel belakangnya juga tampil dengan kemasan warna cerun yang menjadi trend kebanyakan telefon pintar di pasaran, berbanding sentuhan unik jalur lampu ‘Halo Light’ pada iQOO varian Snapdragon 855. Bahkan sokongan dua butang maya yang sensitif pada sentuhan untuk tujuan gaming juga telah disingkirkan.

Buat masa iQOO masih lagi belum mendedahkan spesifikasi dan juga tarikh pelancaran rasmi untuk model iQOO Neo ini di pasaran. Oleh itu nantikan perkembangan lanjut daripada kami pada masa akan datang.

Baca juga:

Vivo Lancar iQOO Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM Dan Ciri Multi-Turbo Untuk Kelancaran Permainan

Sebanyak 1 Juta Unit Vivo iQOO Berjaya Dijual Dalam Tempoh Tiga Bulan Pertama Selepas Dilancarkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend