iQOO 3 Kini Rasmi Dengan 5G, Snapdragon 865, Bateri 4400mAh Dan Pengecasan Pantas 55W FlashCharge Comments Off on iQOO 3 Kini Rasmi Dengan 5G, Snapdragon 865, Bateri 4400mAh Dan Pengecasan Pantas 55W FlashCharge

Seperti yang dinantikan, hari ini iQOO telahpun melancarkan telefon pintar mercu terbaharunya dengan kehadiran iQOO 3 yang menjanjikan sokongan spesifikasi yang jauh lebih berkuasa berbanding generasi sebelumnya.

Cipset

iQOO 3 telah dikuasakan oleh cipset Snapdragon 865 yang turut dilengkapi dengan cip modem Snapdragon X55 untuk capaian rangkaian 5G. Tidak cukup dengan itu, iQOO 3 turut menyokong RAM LPDDR5 sehingga 12GB, dan juga storan dalaman UFS 3.1 sehingga 256GB yang mampu menyokong kelajuan penghantaran data mencecah sehingga 1.2Gbps.

Dengan kombinasi berkuasa ini, iQOO 3 telah berjaya mencatatkan skor paling tinggi pernah dicatatkan setakat ini dalam ujian penanda aras AnTuTu, iaitu mencecah sehingga 610,576 poin.

Skrin

iQOO 3 dilengkapi dengan skrin E3 Super AMOLED berukuran 6.44 inci dengan tahap keterangan skrin maksimum sehingga 1200nits, teknologi paparan HDR10+, dan juga pengimbas cap jari dalam skrin yang pantas.

Menyokong rekaan skrin yang dikenali sebagai Polar View Display, ia menampilkan lubang kamera paling kecil dalam segmennya iaitu hanya 2.98mm.

Kuad Kamera

iQOO 3 menjanjikan keupayaan penggambaran yang lebih fleksible dengan sokongan kuad kamera beresolusi 48MP (Sony IMX582, 6p lens) + 13MP (Telephoto, 20x Digital Zoom) + 13MP (Ultra Wide, 120°, Macro) + Bokeh.

Speaker

Manakala untuk kualiti audio terbaik, iQOO 3 dengan sokongan speaker berkualiti tinggi kerana dilengkapi dengan cipset audio Hi-Fi AK4377A dan diiktiraf oleh pensijilan Hi-Res AUDIO.

Bateri dan teknologi pengecasan

iQOO 3 menyokong bateri berkapasiti 4440mAh dan melalui sambungan USB Type-C, ia mampu menyokong teknologi pengecasan pantas 55W SUPER FlashCharge yang mampu mengecas bateri dari 0% hingga 50% dalam tempoh 15 minit sahaja.

Permainan

Bagi memastikan pengalaman permainan terbaik, ia turut dilengkapi dengan rekaan butang ergonomik ‘Monster Touch Button’. Butang sensitif sentuhan ini membolehkan pengguna mengawal permainan dengan lebih selesa dan lebih mudah dikawal.

Tidak cukup dengan itu, pengalaman permainan terasa lebih lancar dengan sokongan teknologi Multi Turbo 3.0, getaran permainan 4D untuk efek lebih realistik, kadar respons sentuhan 180Hz, dan juga rekaan kabel USB Type-C yang direka khusus untuk memudahkan pengguna bermain walaupun ketika peranti dicas.

Pilihan warna dan Harga

iQOO 3 didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu Tornado Black, Quantum Silver dan juga Volcano Orange. Berikut adalah harga jualan iQOO 3 di China:

  • 6GB + 128GB – CNY3,598 (~RM2,166)
  • 8GB + 128GB – CNY3,798 (~RM2,286)
  • 12GB + 128GB – CNY3,998 (~RM2,407)
  • 12GB + 256GB – CNY4,398 (~RM2,647)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend