iQOO 3 5G Dengan Sokongan Cipset Snapdragon 865 Berjaya Catat Skor Tertinggi Dalam Ujian AnTuTu Comments Off on iQOO 3 5G Dengan Sokongan Cipset Snapdragon 865 Berjaya Catat Skor Tertinggi Dalam Ujian AnTuTu

Sebelum ini iQOO 3 5G telahpun dikhabarkan akan tampil dengan sokongan cipset Snapdragon 865 dan dipercayai merupakan telefon pintar pertama hadir dengan teknologi storan UFS 3.1 yang lebih pantas.

Melalui pendedahan di laman ujian penanda aras popular AnTuTu, iQOO 3 5G telah berjaya mencatatkan skor tertinggi iaitu mencecah 597,583 mata. Sekaligus jauh mengatasi prestasi yang diperolehi oleh cipset Apple A13 Bionic.

Berdasarkan tangkap skrin yang dikongsikan, peranti ini dikuasakan dengan Snapdragon 865, dioperasikan oleh Android 10, dan juga kombinasi memori 12GB RAM serta storan dalaman sebesar 256GB.

Malah ia juga dipercayai akan menyokong bateri berkapasiti 4400mAh dengan teknologi pengecasan pantas 55W Flash SuperCharge. iQOO 3 5G disahkan akan dilancarkan secara rasmi di India pada 25 Februari 2020.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend