iQOO 3 5G Dengan Snapdragon 865 Mungkin Menjadi Peranti Pertama Sokong Storan Pantas UFS 3.1 Comments Off on iQOO 3 5G Dengan Snapdragon 865 Mungkin Menjadi Peranti Pertama Sokong Storan Pantas UFS 3.1

iQOO yang merupakan sub-jenama untuk Vivo sememangnya mendapat tempat di hati peminat telefon pintar mercu kerana ia menawarkan sokongan spesifikasi berkuasa pada harga kompetitif. Namun sayangnya ia tidak pula dibawa masuk secara rasmi untuk pasaran tempatan.

Melalui perkongsian rasmi iQOO di Weibo, iQOO 3 5G dipercayai akan menjadi telefon pintar pertama menyokong storan pantas daripada UFS 3.1, tetapi tidak pula didedahkan kapasiti storan yang akan ditawarkannya.

Sebelum ini, iQOO 3 5G juga telah dikhabarkan akan dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865, dan juga kapasiti RAM mencecah sehingga 12GB. Malah ia juga disahkan akan dilengkapi dengan sokongan kuad kamera beresolusi 48MP untuk lensa utamanya.

Manakala berdasarkan laman rasmi TENAA, iQOO 3 5G akan tersedia dengan paparan skrin AMOLED FHD+ sebesar 6.44 inci, pengimbas cap jari dalam skrin dengan lubang kamera depan beresolusi 16MP, RAM sehingga 12GB, storan sehingga 256GB dan juga bateri 4370mAh dengan pengecasan pantas 55W.

iQOO 3 5G dikatakan akan dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2020 nanti dan majlis pelancaran akan dibuat secara penstriman langsung berikutan isu wabak Coronavirus.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend