iProperty.com.my Kini Menawarkan Fungsi iProperty Pro Khusus Untuk Ejen Hartanah Comments Off on iProperty.com.my Kini Menawarkan Fungsi iProperty Pro Khusus Untuk Ejen Hartanah

iProperty.com.my kini mula melabur dalam pasaran hartanah Malaysia apabila mereka melancarkan aplikasi teknologi hartanah serba baharu dan sistem sokongan serta pakej yang dibuat khusus untuk ejen hartanah dalam pasaran masa kini. Melaluinya, objektif untuk membentuk kerjasama erat dengan ejen hartanah dapat dibuat bagi membantu mereka memulihkan perniagaan dan pasaran hartanah semasa wabak COVID-19 ini.

iProperty PRO: Ejen hartanah boleh kembali beroperasi dengan aplikasi teknologi hartanah serba baharu yang menawarkan maklumat dalaman data hartanah

iProperty PRO direka untuk mempersiapkan ejen hartanah dengan kelengkapan yang sesuai dan maklumat dalaman data hartanah bagi membantu mereka memulih dan mengembangkan hubungan dengan jutaan pencari hartanah di Malaysia – baik untuk pembelian, penjualan, penyewaan mahupun pelaburan.

iProperty PRO membantu ejen hartanah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah. Fungsi ini terdapat di aplikasi iProperty.com.my yang mana ia dapat digunakan oleh ejen hartanah untuk berhubung dengan kumpulan pencari hartanah terbesar di Malaysia pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

#iPropertyCares: Sokongan dan pakej bagi MEMULIHKAN perniagaan ejen hartanah yang terkesan akibat COVID-19

Sokongan #iPropertyCares diperkenalkan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali diumumkan pada Mac 2020 dan disusuli bahagian kedua apabila PKP dilanjutkan. Hari ini, bahagian ketiga iProperty.com.my diperkenalkan yang mana ia dapat membantu ejen hartanah memulihkan perniagaan di bulan-bulan mendatang:

  1. iProperty PRO – Sebuah fungsi serba baharu yang ditujukan khas buat ejen hartanah untuk mendapatkan maklumat dalaman data hartanah dan direka untuk telefon pintar bagi membolehkan ejen hartanah berhubung dengan kumpulan pencari hartanah terbesar di Malaysia. Pakej fleksibel turut menawarkan nilai terbaik bagi membantu ejen hartanah terus berdaya maju.
  2. Diskaun 25% untuk langganan iProperty PRO – Akaun baharu dan akaun yang disambung semula akan mendapat diskaun 25% untuk langganan iProperty PRO jika melanggan pada bulan Mei atau Jun 2020 (untuk pakej-pakej tertentu sahaja).
  3. Cuti pembayaran 90 hari untuk langganan iProperty PRO – Ejen hartanah tidak perlu membuat pembayaran sehingga hari ke-90. Ini membantu meringankan aliran tunai mereka dalam tempoh sukar ini. Cuti pembayaran ini diberi kepada langganan iProperty PRO baharu atau yang disambung semula. Cuti pembayaran ini hanya untuk langganan yang dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit Visa dan Mastercard sahaja.
  4. Lanjutan langganan akaun selama 30 hari percuma – Semua ejen hartanah yang mempunyai akaun langganan aktif pada 6 Mei 2020 akan menerima lanjutan langganan selama 30 hari sekali sahaja secara percuma.
  5. Diskaun sehingga 50% ke atas naik taraf (‘upgrade’) penyenaraian hartanah – Semua ejen hartanah yang mempunyai akaun langganan aktif pada 6 Mei 2020 akan menikmati diskaun sehingga 50% ke atas penyenaraian hartanah 28 hari “Featured” dan “Premium” dalam bulan Mei dan Jun 2020.
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend