iPhone XR / iPhone 8 / iPhone 8 Plus Kini Jauh Lebih Murah Manakala iPhone XS Dihentikan Pengeluarannya Comments Off on iPhone XR / iPhone 8 / iPhone 8 Plus Kini Jauh Lebih Murah Manakala iPhone XS Dihentikan Pengeluarannya 300

Apple bukan sahaja memperkenalkan telefon pintar baharu tetapi mereka juga telah mengemas kini harga iPhone terdahulu.

Di Malaysia, iPhone XR kini ditawarkan pada harga serendah RM2899 untuk versi 64GB dan RM3099 untuk versi 128GB. Jika dahulu versi tertinggi memiliki storan seluas 256GB, kini ianya tidak ditawarkan lagi.

Selain itu, siri iPhone 8 juga turut menerima perubahan pada tanda harga yang mana menawarkan:

  • iPhone 8
    • 64GB – RM2199
    • 128GB – RM2399
  • iPhone 8 Plus
    • 64GB – RM2699
    • 128GB – RM2899

Pada masa yang sama, Apple juga telah menghentikan pengeluaran iPhone XS dan iPhone XS Max dengan bertujuan ingin memberi laluan kepada iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max.

iPhone XR boleh dimiliki pada tanda harga baharu mulai hari ini di laman rasmi Apple Malaysia dan semua pengedar rasmi Apple di seluruh negara.

Baca juga:

iPhone 11 / 11 Pro / 11 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi, Mula Dijual Di Malaysia 27 September Ini

iPad Generasi Ketujuh Diperkenalkan Dengan iPadOS, Skrin 10.2″ Retina Display Dan Cipset Apple A10 Fusion

Apple Watch Series 5 Kini Rasmi Dengan WatchOS 6, Paparan ‘Always-On Retina’ Dan Kompas Terbina-Dalam

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend