iPhone XR Generasi 2019 Dipercayai Hadir Dengan Dwi Kamera – Lensa Wide Angle dan Telefoto Comments Off on iPhone XR Generasi 2019 Dipercayai Hadir Dengan Dwi Kamera – Lensa Wide Angle dan Telefoto

Sebelum ini jualan iPhone XR telah dilaporkan sebagai model paling laris, sungguhpun begitu berita ketirisan tentangnya tidak begitu banyak diperkatakan berbanding iPhone XI dan juga iPhone XI Max.

Menariknya blog yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan produk Apple iaitu macotakara telah melaporkan bahawa generasi baharu iPhone XR nanti dikatakan akan hadir dengan sokongan dwi kamera. Berdasarkan perkongsian itu lagi, iPhone XR generasi 2019 itu nanti akan menyokong dwi lensa wide angle dan juga telefoto yang mungkin diambil daripada model iPhone XS.

Manakala iPhone XS dan XS Max pula masing-masing hadir dengan sokongan tiga kamera dengan rekaan kamera yang disusun atas permukaan segi empat mirip seperti siri Huawei Mate 20. Sama seperti model sebelum ini, ketiga-tiga model ini hadir dengan jenis panel dan juga saiz yang dikekalkan sama.

sumber

Baca juga:

iPhone 2019 Dengan Sokongan Tiga Kamera Dipercayai Hadir Dengan Panel OLED Berukuran 6.1″ dan 6.5″

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend