iPhone XR Dijual Murah di Jepun Kerana Pengguna Lebih Suka iPhone Generasi Lama Comments Off on iPhone XR Dijual Murah di Jepun Kerana Pengguna Lebih Suka iPhone Generasi Lama

Harga iPhone XR di Jepun kini telah diturunkan kepada 24,000 Yen (~RM887) daripada 36,000 Yen (~RM1,330) melalui langganan telco, NTT DoCoMo, pengendali telekomunikasi terbesar Jepun. Harga subsidi ini bagaimanapun didatangkan dengan kontrak dua tahun serta komitmen bulanan sebanyak 2,457 Yen (~RM91).

NTT DoCoMo menurunkan harga iPhone XR 64GB berikutan pengguna di sana lebih berminat untuk mendapatkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus. Penurunan harga ini juga adalah sebahagian daripada langkah untuk meningkatkan lagi penjualan iPhone XR yang tidak begitu memuaskan semenjak ia dilancarkan.

Jepun ialah kubu kuat Apple di rantau Asia malah perkongsian pasarannya juga lebih besar daripada AS. Dikatakan pengguna di Jepun tidak berminat untuk mendapatkan iPhone XS dan XS Max apabila mereka ingin naik taraf peranti.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend