iPhone XR Dan XS Buatan India Akan Mula Dipasarkan Bulan Depan Comments Off on iPhone XR Dan XS Buatan India Akan Mula Dipasarkan Bulan Depan 362

Kita sedia maklum bahawa Apple telah membuka kilang pemasangannya di India pada tahun lalu. Laporan Reuters hari ini telah mengesahkan bahawa iPhone XR dan XS yang diperbuat di India mungkin akan mula dijual di pasaran seawal bulan hadapan.

Apple sebelum ini telah mula memasang peranti mampu milik mereka, iPhone SE, iPhone 6s, dan iPhone 7 di India. Menurut sumber, kelulusan untuk memasang iPhone lebih mahal masih lagi dalam proses sebelum ia boleh dijual kepada pengguna.

Di India, pengguna di sana boleh mendapatkan iPhone 6s dengan cop tertera di belakang peranti “Designed by Apple in California Assembled in India“. Sementara di kilang pula, Apple sedang rancak memasang lebih banyak unit iPhone 7.

India merupakan antara pasaran telefon pintar terbesar di dunia malah dengan pembukaan kilang di sana, Apple dapat mengurangkan jumlah bayaran cukai. Dengan penjualan di dalam negara, ramai yang menjangka Apple bakal menjual iPhone XR dan XR di India lebih murah berbanding harga pasaran global.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend