iPhone X 256GB Kini Dijual Pada Harga 64GB, Hanya Di Switch! Comments Off on iPhone X 256GB Kini Dijual Pada Harga 64GB, Hanya Di Switch!

Switch sebagai salah satu daripada pengedar rasmi jenama Apple di Malaysia, sekali lagi telah membuat tawaran hebat yang mampu membuatkan rakyat Malaysia tidak boleh tidur malam apabila telah mengumumkan penurunan harga untuk iPhone X bagi varian 64GB dan 256GB.

iPhone X 64GB juga turut menerima diskaun sebanyak RM500.

Apa yang menariknya, iPhone X dengan storan 256GB yang sebelum ini dijual pada harga rasmi RM5899, kini telah ditawarkan pada harga RM5149 (diskaun RM750) iaitu menyamai harga jualan rasmi untuk varian 64GB.

Sekiranya anda merasakan ruang storan sebesar 256GB terlalu besar, Switch juga turut menurunkan harga sebanyak RM500 iaitu kini hanya dijual pada harga RM4649.

Apple Malaysia dilihat masih mengekalkan harga rasmi untuk iPhone X.

Jadi apa tunggu lagi, baik korang cepat-cepat pecahkan tabung untuk beli iPhone X dengan tawaran harga hebat ini, hanya di pengedar sah Switch.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend