iPhone Model 2018 Dipercayai Hadir Dalam Warna Baharu Biru, Merah Dan Jingga Comments Off on iPhone Model 2018 Dipercayai Hadir Dalam Warna Baharu Biru, Merah Dan Jingga

Melalui perkongsian terbaru dari Ming-Chi Kuo baru-baru ini telah mengeluarkan satu lagi laporan terbaru berhubung iPhone model 2018 yang dikatakan akan diperkenalkan dalam beberapa warna baharu. Menurutnya iPhone OLED 6.5 inci akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam dan putih, serta satu warna baharu iaitu putih.

Manakala untuk model iPhone LCD 6.1 inci pula dipercayai akan ditawarkan dalam lima warna pilihan iaitu kelabu, putih, biru, merah dan juga jingga. Walau bagaimanapun, tidak dapat disahkan sama ada warna merah untuk model ini merujuk kepada edisi istimewa PRODUCT(RED) ataupun tidak.

Gambar prototaip iPhone X model 2017 dalam warna emas yang tidak diperkenalkan secara rasmi di pasaran.

Benar atau tidak dakwaan yang dikongsikan ini, sama-sama kita nantikan kemunculan rasminya dalam acara Apple Special Event yang dijangka akan berlangsung pada September 2018 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend